Isnin, 28 Januari 2013

:: KEK BUTTER ::

assalamualaikum... hurmmm ni lagi nak share pasal kek. Nak rasa?? Cubalah buat sendiri.



Bahan²

1 gelas butter/marjerin

1 gelas gula

5 biji telur gred B

2 gelas tepung naik sendiri

2 s.k ovalette

1 s.k esen vanila @ esen oren



Cara²


-> Panaskan oven 170 dan alas loyang dengan kertas dan sapu loyang dgn marjerin.

-> Pukul telur dgn gula hingga kembang

-> Masukkan butter, pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan esen dan ovalette.

-> Bila dah sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

-> Jangan putar terlalu lama. Cukup sekadar di putar sebati

-> Tuang adunan ke dalam loyang. 

-> Bakar selama 40 min mengikut kesesuaian oven masing2.



:: KEK GULA HANGUS ::



Bahan²

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
2 s.m planta

Bahan B
4 biji telur
1 s.t soda bikarbonat
1 s.t baking powder
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat atau ½ tin susu



Cara²


Bahan A

-> Masak gula hingga hangus dengan api sederhana.

-> Bila perang kemudian masukkan air & planta.

Bahan B

-> Putar telur hingga kembang, masukkan susu pekat. Sebatikan @ kembang.
-> Masukkan soda bikarbonat, baking powder, tepung. Putar2. Nak kasih besarang elok pukul manual. 
    ( Jika guna mixer pastikan 1 hala sahaja )
-> Kemudian masukkan bahan A & simpan selama 3-4 jam.
-> Angkat & bakar selama 40 mins, suhu 140'c